Bentuk Dua Dimensi

Bentuk Dua Dimensi (2D)
Bentuk dua dimensi hanya mempunyai panjang dan lebar. Bentuk dua dimensi ialah satu permukaan dan kelihatan rata. Sebelum kita membincangkan tentang bentuk-bentuk yang biasa digunakan, marilah kita mempelajari ciri-ciri bentuk dua dimensi.




Sisi bermaksud garisan yang digunakan untuk melukis bentuk dua dimensi.

Bucu merujuk kepada titik di mana dua garisan bertemu.
Rajah 1.0

Selepas kita mengetahui dua ciri ini, kita boleh meneruskan dengan membincangkan bentuk-bentuk 2D yang biasa digunakan.

i)Segi Empat Sama
Segi empat mempunyai 4 sisi yang sama panjang, 4 bucu dan 4 sudut tepat.
Rajah 2.0

ii) Segi Empat Tepat
Segi empat tepat mempunyai 4 sisi, 4 bucu dan 4 sudut tepat. Garisan atas dan garisan bawah mempunyai panjang yang sama manakala garaisan di kiri dan garisan di kanan mempunyai panjang yang sama.
Image result for rectangle
Rajah 3.0

iii) Segi Tiga
Segi tiga mempunyai 3 sisi dan 3 bucu.
Image result for triangle
Rajah 4.0



NEXT






Comments

Popular posts from this blog

Perimeter, Luas dan Isi padu

Kenal Sudut

Garis Selari dan Garis Serenjang