Perimeter, Luas dan Isi padu
Perimeter, Luas dan Isi padu
1. Perimeter
Adakah anda masih ingat apa itu perimeter?
Perimeter merupakan ukuran panjang keliling sesuatu objek.
Anda boleh tekan sini untuk ingat balik apa itu perimeter.
Dalam darjah 5, anda akan belajar cara mengira perimeter bagi suatu gabungan yang terdapat lebih daripada satu bentuk, seperti berikut:
Rajah 1.1
Gabungan satu segi empat tepat dan satu segi tiga
Rajah 1.2
Gabungan tiga segi empat tepat
Tidak kira berapa banyak jenis bentuk, kalau minta mencari 'perimeter', kita hanya perlu mencari panjang di keliling gabungan itu sahaja.
Contoh: Perimeter gabungan bentuk ini hanyalah garis hijau
Rajah 1.3: Perimeter satu gabungan bentuk
Mari kita fokus kepada garisan hijau itu sahaja
Untuk mencari perimeternya, hanya perlu tambah semua panjangnya
Rajah 1.4
4cm+3cm+4cm+4cm+3cm+2cm+5cm+5cm=30cm
Maka, perimeter gabungan bentuk ini adalah 30cm.
2. Luas
Adakah anda masih ingat formula untuk mengira luas?
Rajah 2.1
Bagaimana pula, kalau hendak mencari luas bentuk di bawah?
Rajah 2.2
Untuk menyenangkan pengiraan, anda boleh memecahkannya kepada bentuk yang lebih senang.
Bagi bentuk ini, kita boleh memecahkannya kepada 2 bentuk,
satu segi empat tepat dan segi tiga
Rajah 2.3
Mari kita mencari luas bentuk ini,
Rajah 2.4
Sebelum ini, kita telah memecahkah bentuk ini kepada 2 bentuk,
Daripada rajah 2.4, kita sudah boleh tahu panjang dan lebar segi empat tepat ini
Panjang = 6cm
Lebar = 5cm
Panjang ✕ Lebar = Luas
6cm ✕ 5cm = 30cm²
!! Jangan lupa unit luas perlu ada "²" di belakang
Sekarang mari kita kira luas segi tiga pula,
Untuk mencari luas, kita perlu menggunakan formula tertentu
½ ✕ Panjang ✕ Tinggi = Luas Segi Tegi
Disebabkan kita panjang segi tiga tidak dinyatakan, kita perlu mencarinya sebelum mengira luas segi tiga.
Untuk mencari panjangnya, kita perlu tolak panjang yang seluruhnya (14cm) dengan panjang segi empat tepat (6cm)
Maka panjang segi tiga ini ialah 8cm.
Setelah menjumpai kedua-dua syarat penting, iaitu panjang dan tinggi, kita boleh mengira luasnya.
Panjang = 8cm
Tinggi = 5cm
½ ✕ 8cm ✕ 5cm = 20cm²
Akhirnya, menggabungkan kedua-dua luas yang anda telah cari
Luas segi empat tepat = 30cm²
Luas segi tiga = 20cm²
Luas gabungan bentuk = 30cm² + 20cm² =50cm²
3. Isi padu
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, untuk mengira isi padu perlu ada tiga syarat, iaitu:
i. Panjang
ii. Tinggi
iii. Lebar
Formula untuk mengira isi padu
Bagaimana pula, kalau perlu kira isi padu yang lebih daripada satu bentuk?
Pertama sekali, kita labelkannya
Oleh sebab kita sudah boleh jumpa ketiga-tiga syarat yang perlu untuk mengira isi padu bentuk A, mari kita kira
Isi padu bentuk A = 4m ✕ 5m ✕ 5m = 100m³
!! Jangan lupa unit isi padu perlu ada "³" di belakang
Sekarang mari kita cari syarat-syarat yang lain bagi mencari isi padu bentuk B
Untuk mencari panjang bentuk B,
Untuk mencari lebar bentuk B,
Bentuk B:
Panjang = 10m
Tinggi = 2m
Lebar = 10m
Isi padu bentuk B= 10m ✕ 2m ✕ 10m = 200m³
Akhirnya, menggabungkan isi padu bentuk A dan bentuk B,
Isi padu Bentuk A = 100m³
Isi padu Bentuk B = 200m³
Isi padu gabungan bentuk A dan B = 100m³ + 200m³ =300m³
Peta Minda
Quiz
1) Apakah perimeter dan luas gabungan bentuk ini?
2) Apakah isi padu gabungan bentuk ini?
Jawapan di sini
Soalan KBAT
Jawapan di sini
⟶NEXT
Comments
Post a Comment