Perimeter, Luas dan Isi padu 1. Perimeter Adakah anda masih ingat apa itu perimeter? Perimeter merupakan ukuran panjang keliling sesuatu objek. Anda boleh tekan sini untuk ingat balik apa itu perimeter. Dalam darjah 5, anda akan belajar cara mengira perimeter bagi suatu gabungan yang terdapat lebih daripada satu bentuk, seperti berikut: Rajah 1.1 Gabungan satu segi empat tepat dan satu segi tiga Rajah 1.2 Gabungan tiga segi empat tepat Tidak kira berapa banyak jenis bentuk, kalau minta mencari ' perimeter ', kita hanya perlu mencari panjang di keliling gabungan itu sahaja. Contoh: Perimeter gabungan bentuk ini hanyalah garis hijau Rajah 1.3: Perimeter satu gabungan bentuk Mari kita fokus kepada garisan hijau itu sahaja Untuk mencari perimeternya, hanya perlu tambah semua panjangnya Rajah 1.4 4cm+3cm+4cm+4cm+3cm+2cm+5cm+5cm=30cm Maka, perimeter gabungan bentuk ini adalah 30cm. 2. Luas Adakah
Comments
Post a Comment